Kelas yang hingar-bingar bertukar menjadi
senyap apabila Cikgu Zubir masuk ke kelas….cikgu Zubir merupakan guru disiplin
di sekolah menengah kebangsaan seroja.jadi,tak hairanlah jika beliau ditakuti
oleh para pelajar..namun,tidak seorang pun mengetahui sikap sebenar cikgu Zubir…
“assalamualaikum….cikgu..”ujar ketua kelas diikuti oleh para pelajar
yang lain
“waalaikummussalam..duduk..”arah Cikgu Zubir tegas
Setelah itu,bermulalah aktiviti harian Cikgu
Zubir sebagai seorang guru di dalam kelas seperti biasa.Beliau dilantik menjadi
guru disiplin setelah dikenali dengan sikap garangnya yang sangat ditakuti oleh
semua pelajarnya.
“Salman,petang nanti jumpa saya kat bilik disiplin..”tegas sahaja
alasannya
“erm..erm..baiklah,cikgu.”serba salah Salman menjawabnya
Setelah Cikgu Zubir keluar…
“Habislah kau,man.entah-entah cikgu nak rotan kau tak…”duga Azwan
sekadar hendak menakut-nakutkan Salman kemudian berlalu…
Gulp… tekak Salman bagaikan tertelan pasir
setelah mendengar telahan Azwan..ada betulnya jugak tu..lagipun, sejak
kebelakangan ni dia selalu datang lewat ke sekolah..tapi,dia ada alasan yang
kukuh..takpe2,berani kerana benar,man…Salman pujuk dirinya sendiri
Dia terus teringat peristiwa setahun yang lalu
ketika dia berada di tingkatan empat..Dia telah dituduh mencuri barang berharga
milik Cikgu Zubir dan beberapa orang lagi guru..kejadian betul-betul
memalukannya..Dia telah menerima rotan sebanyak 50 sebatan di depan para
pelajar dan guru..namun,berkat didikan ibu bapanya..dia bersabar..
“Awak sedar tak apa yang awak buat ni?sebagai seorang pengawas
sekolah,awak telah menunjukkan teladan yang tidak baik buat pelajar..tak
malukah awak ni?”bertubi-tubi soalan
ditanya Cikgu Sofea
“Saya tak bersalah,Cikgu…percayalah cakap saya..”ujar Salman
jujur..sesungguhnya,dia memang tak tahu macam mana barang tu ada dalam beg
dia..dia buntu memikirkannya
“macam mana saya nak percaya?dah terang-terang awak bersalah…”marah
Cikgu Zubir
“Disebabkan perilaku awak yang teruk
ni,Cikgu pecat awak sebagai pengawas sekarang..titik…”tegas Cikgu Zubir
“kalau itu keputusan cikgu saya terima..”ujar Salman kemudian terus
berlalu
Selepas itu….
“cikgu!jom ikut saya..saya jumpa sesuatu..”ujar Pak Samad yang bekerja
sebagai pengawal keselamatan
Setelah melihat bukti tersebut,Cikgu-cikgu
terus berpaling sesama sendiri..
“Apa yang kita dah buat ni,Cikgu?”kesal Cikgu Sofea
Sementara di rumah Salman…..
“kenapa ni,man?”Tanya mak siti
“mak percaya kat man tak?”soal Salman pula
“mestilah…”
Lega Salman setelah mendengar jawapan
ibunya..
“macam ni,mak….”terang Salman satu persatu
Belum sempat ibunya nasihat salman..
“Assalamualaikum…”
“waalaikummussalam…masuklah,cikgu”
Setelah mendengar penerangan yang panjang lebar daripada Cikgu Sofea,Salman
mengucapkan syukur.rupa-rupanya,Zali yang membuat fitnah terhadapnya kerana tak
puas hati dengannya..namun,dia tidak menyimpan dendam terhadap Zali..Cikgu
Zubir pula tidak jadi memecat Salman sebagai pengawas…
Namun,itu semua dah berlalu…..
“Awak jangan risau,man.cikgu tu Nampak aje garang..tapi,hati dia baik
tau..”ujar Akmal seakan –akan kenal hati budi Cikgu Zubir..kata-kata Akmal
terus menyedarkan Salman dari lamunan..
Usai selesai kelas,Salman terus menuju ke
arah bilik Cikgu Zubir….
Tok..tok..tok…
“masuk”
“kenapa cikgu memanggil saya?”Tanya Salman yang memang berdebar saat itu
“cikgu agak awak dah tahu sebab apa saya panggil awak,salman…macam
ni,sebagai seorang pengawas.awak patut tunjuk contoh yang baik kepada semua
pelajar..tapi,sebaliknya yang telah berlaku..awak tahu kan apa salah awak
sekarang??”
Sambil tertunduk
“saya tahu cikgu..cikgu boleh pecat saya..saya tak kisah.”
“tak..cikgu takkan buat tindakan melulu macam dulu..tujuan cikgu panggil
awak ni untuk tanya pasal masalah awak bukan hendak menghukum awak..”terang Cikgu
Zubir seakan masih bersalah
“ayah saya jatuh sakit
sekarang ni..mak pulak..,sibuk membuat kuih untuk dijual..saya tolong mak jaga
adik-adik..setiap pagi,saya bantu mak uruskan adik-adik..”
“ayah awak sakit apa?”Tanya
Cikgu Zubir yang sememangnya berniat untuk menolong anak muridnya
“ayah terlibat dengan
insiden..doktor cakap ayah lumpuh sepenuhnya..saya pernah cakap kat mak yang
saya nak berhenti sekolah.tapi,..mak tak bagi..”
“cikgu sokong mak kamu tu..kamu tak patut
berhenti sekolah.macam ni,cikgu akan cuba tolong kamu sekeluarga”janji Cikgu Zubir
“saya ni menyusahkan cikgu
aje..”
“dah memang tanggungjawab cikgu..awak
jangan risau..”
Seminggu kemudian,Salman dipanggil
pengetua…
“Salman..cikgu nak bagi sesuatu
kepada kamu..”sambil menghulurkan sampul surat
“Apa ni,cikgu?”
“Awak bukalah”
“Banyaknya,cikgu..saya tak boleh
terima banyak-banyak…”
“Awak ambil je..ni semua
hasil kutipan daripada guru sekolah kita..jangan segan-segan..jangan
lupa..berterima kasih kepada Cikgu Zubir..”
“Terima kasih,cikgu..”dia terus teringat
akan janji Cikgu Zubir yang ingin membantunya
Setelah berterima kasih kepada
guru-guru,..Salman terus berlalu dan berlegar-legar mencari Cikgu Zubir .namun,dia
tak melihat langsung kelibat Cikgu Zubir….
Seminggu berlalu,dia langsung tak sempat
berjumpa dengan Cikgu Zubir..dia rasa sangat kecewa..ada sahaja halangan yang
menyebabkan dia tak sempat berjumpa cikgu..oleh itu,dia hanya sempat
meninggalkan surat kepada Cikgu Zubir..dia harap cikgu baca surat tersebut…
“Adam,awak nampak tak Cikgu Zubir?”
“Tak la..aku rasa cikgu tak datang sekolah hari ni..”
Salman rasa tak sedap hati..dia tahu yang Cikgu
Zubir jarang tak datang sekolah..setahu dia,cikgu jenis yang tak suka bercuti
lama-lama
“Man,..man…mesti kau tak percaya
apa yang aku cakap ni…”ujar Adam tercungap-cungap
Salman hampir rebah setelah mendengar
berita yang disampaikan oleh adam…berita itu seakan-akan gurauan yang ngeri…
Al Fatihah….
Salman masih tidak berganjak dari pusara
Cikgu Zubir
“Dah la tu,man..jom balik”
“Kenapa takde orang cakap pun
yang cikgu insiden..”kesal salman setelah mengetahui ketiadaan cikgu Zubir
selama seminggu adalah kerana mengalami insiden
“Bukan macam tu.cikgu dah buat pengumuman di dataran..kebetulan,kita
pergi ke tandas waktu tu..Aku pun terkejut bila dapat tahu
berita ni..sebelum tu… nah,..ambil surat ni.isteri cikgu suruh aku bagi kat
engkau...”
Antara isi surat tu……….
Ke hadapan salman,,anak murid yang ku kagumi….
Setelah kamu menerima surat ni,cikgu telah
tiada…..tiada yang dapat menggembirakan cikgu melainkan dapat menolong anak
didik cikgu …cikgu rasa kamu memang layak untuk terima bantuan daripada kami
para guru..kamu gunakanlah duit tu sebaik-baiknya..cikgu tahu,kamu seorang
pelajar yang terbaik di sekolah kita..
Cikgu harap salman akan belajar
bersungguh-sungguh..bantu ibu dan ayah..ingat pesan cikgu ni… cikgu dah baca
surat kamu tu..kamu tak perlu berterima kasih kepada cikgu.anggaplah
pertolongan cikgu ni sebagai membalas kesusahan kamu selama ini..cukuplah kamu
bersyukur dengan nikmat yang diberi..perjalanan kamu masih jauh..kamu
warnakanlah kehidupan kamu dengan warna yang indah..seindah pelangi ciptaan
Allah…
Yang
benar,
Zubir bin Ali.
Salman terus terduduk setelah membaca surat
tersebut.Dia tak sangka Cikgu Zubir begitu cepat pergi menghadap Ilahi.. .dia
rasa begitu sebak sekali… oh cikgu,…begitu mulia sekali hatimu…Ya Allah..
engkau tempatkanlah cikguku di kalangan
orang-orang yang beriman…doa salman dalam hatinya