Friday 5 February 2016

Setitik nilai kejujuran

Kelas yang hingar-bingar bertukar menjadi senyap apabila Cikgu Zubir masuk ke kelas….cikgu Zubir merupakan guru disiplin di sekolah menengah kebangsaan seroja.jadi,tak hairanlah jika beliau ditakuti oleh para pelajar..namun,tidak seorang pun mengetahui sikap sebenar cikgu Zubir…

           “assalamualaikum….cikgu..”ujar ketua kelas diikuti oleh para pelajar yang lain

           “waalaikummussalam..duduk..”arah Cikgu Zubir tegas

Setelah itu,bermulalah aktiviti harian Cikgu Zubir sebagai seorang guru di dalam kelas seperti biasa.Beliau dilantik menjadi guru disiplin setelah dikenali dengan sikap garangnya yang sangat ditakuti oleh semua pelajarnya.

            “Salman,petang nanti jumpa saya kat bilik disiplin..”tegas sahaja alasannya

            “erm..erm..baiklah,cikgu.”serba salah Salman menjawabnya

 Setelah Cikgu Zubir keluar…

             “Habislah kau,man.entah-entah cikgu nak rotan kau tak…”duga Azwan sekadar hendak menakut-nakutkan Salman kemudian berlalu…

Gulp… tekak Salman bagaikan tertelan pasir setelah mendengar telahan Azwan..ada betulnya jugak tu..lagipun, sejak kebelakangan ni dia selalu datang lewat ke sekolah..tapi,dia ada alasan yang kukuh..takpe2,berani kerana benar,man…Salman pujuk dirinya sendiri

Dia terus teringat peristiwa setahun yang lalu ketika dia berada di tingkatan empat..Dia telah dituduh mencuri barang berharga milik Cikgu Zubir dan beberapa orang lagi guru..kejadian betul-betul memalukannya..Dia telah menerima rotan sebanyak 50 sebatan di depan para pelajar dan guru..namun,berkat didikan ibu bapanya..dia bersabar..

           “Awak sedar tak apa yang awak buat ni?sebagai seorang pengawas sekolah,awak telah menunjukkan teladan yang tidak baik buat pelajar..tak malukah awak ni?”bertubi-tubi  soalan ditanya Cikgu Sofea

            “Saya tak bersalah,Cikgu…percayalah cakap saya..”ujar Salman jujur..sesungguhnya,dia memang tak tahu macam mana barang tu ada dalam beg dia..dia buntu memikirkannya

           “macam mana saya nak percaya?dah terang-terang awak bersalah…”marah Cikgu Zubir

           “Disebabkan perilaku awak yang teruk ni,Cikgu pecat awak sebagai pengawas sekarang..titik…”tegas Cikgu Zubir

            “kalau itu keputusan cikgu saya terima..”ujar Salman kemudian terus berlalu

Selepas itu….

             “cikgu!jom ikut saya..saya jumpa sesuatu..”ujar Pak Samad yang bekerja sebagai pengawal keselamatan

Setelah melihat bukti tersebut,Cikgu-cikgu terus berpaling sesama sendiri..

            “Apa yang kita dah buat ni,Cikgu?”kesal Cikgu Sofea

 Sementara di rumah Salman…..

            “kenapa ni,man?”Tanya mak siti

            “mak percaya kat man tak?”soal Salman pula

             “mestilah…”

Lega Salman setelah mendengar jawapan ibunya..

             “macam ni,mak….”terang Salman satu persatu

Belum sempat ibunya nasihat salman..

              “Assalamualaikum…”

               “waalaikummussalam…masuklah,cikgu”

     Setelah mendengar penerangan yang panjang lebar daripada Cikgu Sofea,Salman mengucapkan syukur.rupa-rupanya,Zali yang membuat fitnah terhadapnya kerana tak puas hati dengannya..namun,dia tidak menyimpan dendam terhadap Zali..Cikgu Zubir pula tidak jadi memecat Salman sebagai pengawas…

Namun,itu semua dah berlalu…..

         “Awak jangan risau,man.cikgu tu Nampak aje garang..tapi,hati dia baik tau..”ujar Akmal seakan –akan kenal hati budi Cikgu Zubir..kata-kata Akmal terus menyedarkan Salman dari lamunan..

Usai selesai kelas,Salman terus menuju ke arah bilik Cikgu Zubir….

Tok..tok..tok…

            “masuk”

           “kenapa cikgu memanggil saya?”Tanya Salman yang memang berdebar saat itu

           “cikgu agak awak dah tahu sebab apa saya panggil awak,salman…macam ni,sebagai seorang pengawas.awak patut tunjuk contoh yang baik kepada semua pelajar..tapi,sebaliknya yang telah berlaku..awak tahu kan apa salah awak sekarang??”

Sambil tertunduk

             “saya tahu cikgu..cikgu boleh pecat saya..saya tak kisah.”

            “tak..cikgu takkan buat tindakan melulu macam dulu..tujuan cikgu panggil awak ni untuk tanya pasal masalah awak bukan hendak menghukum awak..”terang Cikgu Zubir seakan masih bersalah

                     “ayah saya jatuh sakit sekarang ni..mak pulak..,sibuk membuat kuih untuk dijual..saya tolong mak jaga adik-adik..setiap pagi,saya bantu mak uruskan adik-adik..”

                     “ayah awak sakit apa?”Tanya Cikgu Zubir yang sememangnya berniat untuk menolong anak muridnya

                    “ayah terlibat dengan insiden..doktor cakap ayah lumpuh sepenuhnya..saya pernah cakap kat mak yang saya nak berhenti sekolah.tapi,..mak tak bagi..”

                    “cikgu sokong mak kamu tu..kamu tak patut berhenti sekolah.macam ni,cikgu akan cuba tolong kamu sekeluarga”janji Cikgu Zubir.Dia tak sangka yang Salman menghadapi masalah yang berat pada usia yang masih muda.

                    “saya ni menyusahkan cikgu aje..”

                   “dah memang tanggungjawab cikgu..awak jangan risau.cikgu akan tolong selagi cikgu mampu..”

sejak itu,cikgu Zubir sentiasa mengambil berat tentang kebajikan anak-anak muridnya.Dia mula sedar akan kejujuran Salman selama ini.Dia berazam untuk tidak lagi bersikap serkap jarang.


Seminggu kemudian,Salman dipanggil pengetua…

                  “Salman..cikgu nak bagi sesuatu kepada kamu..”sambil menghulurkan sampul surat

                  “Apa ni,cikgu?”

                  “Awak bukalah”

                  “Banyaknya,cikgu..saya tak boleh terima banyak-banyak…”

                  “Awak ambil je..ni semua hasil kutipan daripada guru sekolah kita dan orang ramai..jangan segan-segan..ini semua atas jasa cikgu Zubir..kamu patut berterima kasih kepada Cikgu Zubir..”

“Terima kasih,cikgu..”dia terus teringat akan janji Cikgu Zubir yang ingin membantunya

 Setelah berterima kasih kepada guru-guru,..Salman terus berlalu dan berlegar-legar mencari Cikgu Zubir .namun,dia tak melihat langsung kelibat Cikgu Zubir….

Sebulan berlalu,dia langsung tak sempat berjumpa dengan Cikgu Zubir..dia rasa sangat kecewa..ada sahaja halangan yang menyebabkan dia tak sempat berjumpa cikgu..oleh itu,dia hanya sempat meninggalkan surat kepada Cikgu Zubir..dia harap cikgu baca surat tersebut…

             “Adam,awak nampak tak Cikgu Zubir?”

             “Tak la..aku rasa cikgu tak datang sekolah hari ni..”

Salman rasa tak sedap hati..dia tahu yang Cikgu Zubir jarang tak datang sekolah..setahu dia,cikgu jenis yang tak suka bercuti lama-lama

              “Man,..man…mesti kau tak percaya apa yang aku cakap ni…”ujar Adam tercungap-cungap
Salman hampir rebah setelah mendengar berita yang disampaikan oleh adam…berita itu seakan-akan gurauan yang ngeri…

Al Fatihah….

Salman masih tidak berganjak dari pusara Cikgu Zubir
              “Dah la tu,man..jom balik”

              “Kenapa takde orang cakap pun yang cikgu insiden..”kesal salman setelah mengetahui ketiadaan cikgu Zubir selama seminggu adalah kerana mengalami insiden  

              “Bukan macam tu.cikgu dah buat pengumuman di dataran..kebetulan,kita pergi ke tandas waktu tu..Aku pun terkejut bila dapat tahu berita ni..sebelum tu… nah,..ambil surat ni.isteri cikgu suruh aku bagi kat engkau...”
Antara isi surat tu……….


Ke hadapan salman,,anak murid yang ku kagumi….
Setelah kamu menerima surat ni,cikgu telah tiada…..tiada yang dapat menggembirakan cikgu melainkan dapat menolong anak didik cikgu …cikgu rasa kamu memang layak untuk terima bantuan daripada kami para guru..kamu gunakanlah duit tu sebaik-baiknya..cikgu tahu,kamu seorang pelajar yang terbaik di sekolah kita..
Cikgu harap salman akan belajar bersungguh-sungguh..bantu ibu dan ayah..ingat pesan cikgu ni… cikgu dah baca surat kamu tu..kamu tak perlu berterima kasih kepada cikgu.anggaplah pertolongan cikgu ni sebagai membalas kesusahan kamu selama ini..cukuplah kamu bersyukur dengan nikmat yang diberi..perjalanan kamu masih jauh..kamu warnakanlah kehidupan kamu dengan warna yang indah..seindah pelangi ciptaan Allah…
                                                                                                                                           Yang benar,
                                                                                                                                        Zubir bin Ali.




Salman terus terduduk setelah membaca surat tersebut.Dia tak sangka Cikgu Zubir begitu cepat pergi menghadap Ilahi.. .dia rasa begitu sebak sekali… oh cikgu,…begitu mulia sekali hatimu…Ya Allah.. engkau  tempatkanlah cikguku di kalangan orang-orang yang beriman…doa salman dalam hatinya.

No comments: