Saturday 24 December 2016

Derita jambatan kebahagiaan

Anis kecewa dengan berita yang baru didengarinya sebentar tadi.Dia tak sangka yang Hariz curang dengan kawan baiknya sendiri.Dah bertahun mereka menyulam cinta sehingga mengikat tali pertunangan.
Kalau dulu,Anis mengadu pada ibunya.Di situlah tempat dia meluahkan rasa sedih,kecewa,gembira.Sekarang,dia hanya punya ayah yang sentiasa sibuk.Abang dan kakak pula sudah lama berkeluarga.
“Ibu,anis tak kuat.Anis tak kuat nak teruskan hidup lagi.Anis sayangkan dia bu.Sampai hati dia buat anis macam ni.Rania pun dah lain.Patut la dia macam cemburu bila dapat tahu Hariz dan Anis bertunang.”anis menangis teresak-esak.Seharian dia berkurung di dalam bilik.Dia tak menyangka yang Rania sanggup ketepikan persahabatan mereka demi lelaki.
Tiba-tiba terdengar ketukan kuat dari luar bilik anis
“Anis…Anis…”
Anis mengelap air mata yang masih mengalir di pipi gebunya.
Belum sempat dia bercerita,papanya sudah menampar pipinya sekuat hati sehingga anis jatuh terduduk.
Perit..itulah perasaan yang dia rasakan sekarang.Papanya tidak pernah menaikkan tangan ke mukanya sebelum ini.
“Kenapa anis putuskan pertunangan dengan Hariz?”
“Papa tampar anis hanya sebab tu ke?”sinis sekali bunyi soalan anis.Dia tidak menyangka yang papanya begitu marah padanya.Padahal,dia belum bukak cerita lagi
“Ya.Anis tahu tak yang Anis dah malukan papa?Malukan keluarga kita.Tahu tak?”
Anis hanya mampu menahan amarah di dadanya.Dia tahu.Ini pasti angkara Hariz.Dia hormatkan papanya.Jadi,dia takkan meninggikan suara walau apa yang terjadi.“Maafkan Anis,papa.Anis tak dapat teruskan lagi.”
“Anis tahu tak yang uncle Razif nak Anis jadi menantu dia?dah heboh satu Malaysia yang Anis dan Hariz akan berkahwin hujung tahun ni.Berani Anis buat perangai.”
“Papa,apa yang Hariz cerita kat papa?”
“Dia cakap yang Anis terlalu cemburukan dia. Anis mengongkong dia.”
“Papa percaya cakap dia?”
“Papa dah lama kenal Hariz.Mestilah papa percayakan dia.”
“Habis tu.Anak papa ni?papa tak percaya?macam tu?”
Riak muka Datuk Ramli terus berubah.Dia terlalu ikutkan hatinya.
“Kalau ibu ada.Ibu pasti dengar cakap anis.Ibu pasti percaya semua kata-kata anis.”butir-butir jernih mula jatuh membasahi pipi anis.Sungguh dia kecewa dengan tindakan papanya.
“Sudahlah papa.Anis tidur dulu.Anis akan selesaikan semua ni esok.Papa jangan bimbang.Anis yang buat kan.Biar anis yang tanggung.Papa rehat je.Mesti papa penat kan?selamat malam,papa.”
Anis membiarkan papanya termangu-mangu sendiri.Papanya menunduk.Seakan menyesal dengan apa yang dilakukan pada anaknya.Padahal,anis ditatang bagai minyak yang penuh.Tidak pernah sekali pun dia melukakan hati anak gadisnya itu.Dia menjadi begini semenjak isterinya meninggal setahun yang lalu.
Pagi itu,anis kuatkan hati untuk bertemu dengan uncle Razif.Dia nak terangkan apa yang terjadi.Dia terima apa sahaja makian daripada uncle Razif.Dia tak kesah.Asalkan dia putus tuning dengan Hariz.
Anis menjadi perhatian orang ramai ketika melalui lobi.Dia jadi hairan lalu dia terus pergi ke tandas  untuk melihat penampilannya hari itu.Aneh.Dia melihat bajunya.Tak koyak.Bersih.Wangi.Dia melihat mukanya.Tiada yang ketara melainkan matanya agak sembab dek menangis tak henti-henti semalam.
Tiba-tiba muncul dua wanita di sebelah anis sambil membetul-betulkan make up.
“Kau tahu tak yang anak Datuk Razif tu dah putus tunang?”
“Ye ke?Kenapa?”
“Biasala.Ada orang ketiga la tu.”
“Siapa yang curang tu?Si Anis ke tuan Hariz?”
“Yang tu aku tak tahu.Nanti aku korek lagi rahsia.”
“Oke.Aku tunggu tau.”
 Anis mengetap bibir.Dia belum berjumpa dengan uncle Razif lagi tapi berita dah tersebar merata.Mujurlah anis sempat memakai cermin mata hitam.
Dia meramas skirt yang dipakainya sambil berjalan keluar.Apa aku nak buat ni?Ibu..Tolong anis bu.tapi kata-kata itu hanya terluah di hati kecilnya sahaja.
“Anis..”seseorang menepuk bahunya
“Saya..”lambat-lambat dia berpaling dan melihat siapa yang menyentuh bahunya
“Kenapa anis datang sini?”
“Eh,abang.”
“Abang panggil dari tadi tapi anis tak menyahut.”
“Oh yeke?maafkan Anis.Anis tak perasan tadi.”
“Mana la anis nak perasan abang kalau dah ada orang lain di hati anis kan?”
Lain macam je bunyi abang Farid bercakap.“Maksud abang?”
“Anis kan dah ada Hariz.Takkan lupa kot.Dulu asyik berkepit je abang tengok.Sekarang ni dah tak pernah nampak.Itu yang abang hairan.Korang gaduh ke?”
Abang Farid ni memang baik.Dia dah macam abang kandung aku sendiri.Nak cakap tapi..Anis bermonolog sendiri..
“Anis…”Farid melambai-lambai tangan ke muka anis
“Maaf bang..”
“Mengelamun.”
“Abang,apa kata kalau kita pergi minum.Anis belanja.”
“Boleh.Lagipun abang tak buat apa-apa sekarang ni.”
Usai minum.Anis terasa lega sebab dah luah segala pada abang Farid.
“Anis belum jumpa lagi la ni dengan Datuk?”
Anis mengeleng
“Anis kena terangkan perkara sebenar.Nanti anis yang dipersalahkan pula.Abang boleh nasihat anis je.”
“Baikla,bang”
“Abang ada urusan kat pejabat kejap lagi.Abang gerak dulu ye.Terima kasih belanje abang hari ni.Jangan lupa jumpa Datuk tau.”sempat lagi Farid berpesan
Anis masih lagi menikmati jus oren yang masih banyak.
“Hai Anis.”dia seakan mengenali suara tersebut
“Kau..”terkejut dia apabila melihat Rania berada di hadapannya
“Terkejut?”
Anis hanya membatukan diri.
“Hei.Aku bercakap dengan kau.Jawab la.Kau tak rindukan aku?ataupun kau dah benci aku?”dia menolak kepala anis.
Anis masih menyedut jus orennya tanpa menghiraukan Rania.
Rania menarik rambut Anis,“Aku bercakap dengan kau ni.Jawablah.”
“Sakitlah,Rania.Kau tak malu ke orang tengok?”dia memegang tangan Rania.Terasa perit kulit kepalanya
“Tahu malu?”
Anis makin seram apabila mendengar suara Rania yang sekejap kuat.Sekejap perlahan.
“Cik,saya rasa cik boleh lepaskan rambut dia.Sakit tu.”
“Eh,sibuk je.Jangan masuk campur urusan aku.”
“Saya bukan nak menyibuk tapi saya hanya nak tolong.Betul cik tak nak lepaskan dia?Jangan menyesal.”
“Buat apa aku nak menye..”belum sempat Rania menghabiskan ayat,Rania dah jatuh ke lantai
“Auchh..”dia memegang tangannya.Berani dia tolak aku.
“Maafkan saya,cik.Saya bukan suka pukul perempuan.Tapi cik yang dah melampau.”
Rania memalingkan mukanya daripada kami.Anis melihat Hariz berlari menuju ke arah kami.Seperti yang anis sangka,Hariz langsung tidak melihat Anis.Dia terus membawa Rania pulang.
Anis hanya menundukkan kepalanya.Air matanya mengalir tanpa sedar
“Cik..nah.”lelaki tadi menutup kepala Anis dengan baju sejuknya
“Untuk apa?”terkebil-kebil anis melihat jejaka di depan matanya.Fikirannya kosong.
“Dia boleh tanya pula untuk apa.Cik,saya cuba menutup aurat cik.Lagipun,rambut cik dah kusut sangat.Faham?”dia mengeleng kepala
“Ohh.Aurat..”anis menangis
Fahmi cuak.Aku ada silap cakap ke?Kenapa dia nangis ni?Alaa..Fahmi bermonolog sendiri
“Nak balik..”
“Nak balik mana?”Fahmi duduk di kerusi hadapan Anis.Aku kena hantar dia ke ni?
“Balik rumah la.”suara anis mula kendur
“Mari saya hantar.Awak bangun dulu.Ikut saya ke kereta saya.”Fahmi mengarahkan anis berdiri dan mengekorinya.
Anis menurut je cakap Fahmi.
“Jom.Masuk.”
Setelah lama menyepi dalam kereta.Fahmi memberanikan diri nak tanya rumah Anis.Sebelum ni,Anis hanya menangis tanpa henti.
“Rumah awak kat mana?”Fahmi bertanya setelah merasakan yang mereka  berada dalam kereta agak lama.
“Saya tak nak balik rumah.”Fahmi terkejut.Tadi suruh hantar.Sekarang tak nak pula.
“Cik..kita dah duduk lama dalam kereta.Punggung saya dah kebas.Kalau cik nak balik,saya boleh hantarkan.Tapi cik kena bagitahu saya dulu kat mana rumah cik.”Fahmi cuba berlembut dengan perempuan di sebelahnya itu.
“Saya ikut awak.”
“Boleh.”dia macam dengar lain macam.“Eh!apa dia?Cik nak balik rumah saya?”
“Ye.”
“Fahmi turutkan.”dia terpaksa balik kampung.Takkan dia nak bawa perempuan pergi rumah sewa dia pula.
“Kita dah sampai.” Dia mencuit-cuit anis dengan sebatang pen.“La..tidur mati pula.Biarla.”
“Assalamualaikum,mak.”
“Waalaikumsalam.Awal along balik kampung?”
“Terpaksa balik awal sikit.Ada hal.”
“Hal apa?lain macam je bunyi.”
“Apa kata kalau mak tolong kejutkan orang yang ada dalam kereta along tu.”
“Nak..ooo nak..bangun.”
Anis membuka mata sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal,“Saya kat mana ni?”
“Kat Kampung Baru.Masuklah dalam rumah dulu.”anis melihat ke kiri kanan.
Seakan tahu Anis mencari anaknya,“Anak mak cik dah masuk dalam tadi.”anis mengangguk
“Nama siapa?”
“Anis Farhana.”
“Ouh anis.Anis pergi tukar baju dulu.Nanti turun makan ye.”
Apa yang dah jadi,long?”Usai makan,Fahmi bercerita dari awal sampai akhir.
“Mak ayah dia?”
“Mak kena tanya dia pasal tu.Fahmi tak tahu.”
“Along nak balik esok.Along tinggalkan dia kat sini la.”mak siti mengangguk
“Anis ..nak telefon mak anis tak?”
Anis mengetap bibir menahan sebak.“Ibu anis dah lama meninggal.”
“Maafkan mak cik anis.Mak cik tak tahu.”
“Anis dah telefon papa.Anis cakap yang anis pergi bercuti.”
“Mak cik,anis nak belajar dengan mak cik,boleh?Anis dah lama nak pakai tudung.Nak solat penuh.Nak mengaji.Anis nak berubah.”dia rasa tenang sekali tinggal di kampung.Setiap hari dia melihat mak siti solat.Dia jadi malu sebab dia dah lama tak solat.
“Alhamdulillah.Mak cik cuba bantu anis.”anis memeluk Mak siti  
Masalah dia dengan keluarga uncle Razif dah selesai semalam.Mujurlah pihak sana tidak melenting.Cuma terdengar kekecewaan pihak lelaki akan keputusan Anis.Sekarang,Anis semakin tenang.
Sebulan berlalu dengan begitu cepat.Anis mula pandai mengaji.Malah,semakin pandai menjaga pergaulan dengan lelaki.Nyata,banyak perubahan yang berlaku pada anis.Hubungan Anis dan papanya dah semakin baik.Dia juga menegur papanya supaya tidak terlalu sibuk dengan dunia.Mujur papanya mendengar segala nasihat dia.
“Sejuk mata mak tengok anis tu.”
Fahmi buat-buat sibuk membelek telefon.
“Kamu suka dia kan?Kalau tak.Takkan la kamu balik setiap hujung minggu.Ambil gambar senyap-senyap.Ingat mak tak tahu.”
Fahmi terkejut dengan kata-kata maknya.Semuanya betul.Dia dah jatuh cintakah pada anis?
“Anis pun sukakan kamu.Dia tak cakap tapi mak dapat rasakan daripada cara dia melayan kamu.Takkan perempuan nak mulakan.”
“Minggu depan mak masuk meminang.”Fahmi terkedu
Setahun kemudian..
 “Anis pergi mana,sayang?”
“Sayang?”terkejut anis apabila melihat Hariz berada di depan rumahnya.
“Hariz masih cintakan Anis tau.Hariz tak sedar yang selama ni Rania dah bomohkan Hariz.Maafkan Hariz,sayang.Hariz dah tinggalkan dia.”
“Senang je Hariz cakap.Anis yang menanggung derita selama ini.Hariz baliklah.Lagipun,Anis dah kahwin.Anggap sahaja yang kita tiada jodoh.”Anis terus menutup pintu
“Sayang,kenapa ni?”Fahmi muncul dari belakang
“Hariz..”
“Dia sakitkan anis ke?”
“Tak.Dia macam tak dapat terima hakikat yang anis dah kahwin.”anis menundukkan mukanya
Fahmi diam.“Abang marah anis ke?”
Fahmi tersenyum melihat isterinya.“Tak la.Anis tak salah.Buat apa abang nak marah.”

Fahmi memegang perut anis yang sedang sarat mengandung.“Anak ayah,jadi baik macam ibu tau bila besar nanti.”Anis tersenyum melihat gelagat suaminya.Sungguh dia bersyukur dikurniakan suami yang penyayang.Inilah janji Allah untuk hambanya yang berubah.Dia gantikan pasangan yang lebih baik untuk aku.

No comments: