Wednesday 20 June 2018

Tika hatiku membeku E2


 Sofea tak tahu ape salah yang dia dah buat. Kenapa semua ni terjadi pada dirinya.Kejamnya awak.Awak betul-betul tinggalkan saya kat tepi jalan macam ni je.Sofea bermonolog sendiri.

pin..pin..sebuah kereta berhenti di bahu jalan berdekatan dengan Sofea.

"Cik, nak pergi mana ni?"

"Masuk dalam kereta dulu,cik."

Sofea hanya mengangguk dan menurut sahaja.Sememangnya dia dah hampir beku.Hujan sangat lebat pada malam tu.

Sofea menangis teresak-esak.Dia sudah tidak mempedulikan sepasang kekasih yang menumpangkan dia waktu itu.Yang difikirkannya hanyalah kekasihnya, Farhan.Sungguh tak disangka bahawa Farhan curang. Malah, Farhan sudah mempunyai tunang.

Kebetulan,dia ternampak "sayang" call.Terus dirampas telefon Farhan.

"Hello! kau siapa? kenapa call boyfriend orang?"Sofea dah menjerit.Makin banyak pulak isu yang timbul dalam hubungan mereka.

"Hello! Ni telefon tunang i. Bagi fon tu kat sayang i."

"Awak, ni siapa?Kenapa dia panggil awak sayang. I need explanation now." Sofea perlukan penjelasan.Dia matikan fon. Sofea dah mula menangis.

Farhan cuba memujuk Sofea. Dia sayangkan Sofea tapi dia juga sayangkan kekasih barunya itu ataupun lebih tepat lagi tunang,"Macam ni, sayang. Itu pilihan ibu abang."

"Awak tipu.Saya tak percaya."

"Ye sayang.Abang tak tipu."

"Awak berhenti sekarang.Saya nak turun kat sini."

"Tapi hujan sekarang ni."

"Saya tak kesah.Kalau tak..saya terjun sekarang."

Sofea keluar tanpa pedulikan Farhan.

"Sayang,jangan macam ni.Jom masuk.Abang hantar balik."

"Kau jangan panggil aku sayang kalau dalam hati tu dah ada orang lain."

Farhan tersentap.

"Jangan ikut aku.Pergi balik laa."

Farhan hanya menunduk. Dia berundur perlahan-lahan dan terus berlalu.

Adam dan Izzara cuba membantu Sofea.Mereka kesian apabila melihat Sofea tertunduk kat tepi jalan sorang-sorang.

"Sayang,nak buat apa dengan dia ni?"

"Kita biarkan dia menangis puas-puas dulu.Nanti kita fikirkan."Adam masih fokus pada pemanduannya.

"Arghhhh...Kenapa awak betul-betul buat apa yang saya cakap?" Sofea tiba-tiba menjerit

"Sayang, kita berhenti kat kedai depan tu." Adam menurut

"Awak, nama siapa?" Izzara cuba untuk memujuk Sofea

"So..So..Sofea Izzara.." terketar-ketar Sofea menyebut namanya

"Nama kita sama la..Izzara.." Izzara menghulurkan tangannya

Sofea menyambut tangan Izzara,"Tapi orang panggil Sofea."

"Awak demam ni.Kami bawak awak pergi klinik ye."

Sofea tak sempat nak bercakap.Matanya dah gelap.

"Sayang....Sofea pengsan.."Izzara menjerit

"Cepat..Jom pergi hospital."Adam sedikit terkejut

No comments: