Monday 10 March 2014

Anak bertuah

     

         Amar merupakan seorang anak yg nakal.walaupun telah berkali-kali ditegur oleh kedua-dua orang tuanya,dia tetap dengan sikap nakalnya itu.mak melur dah berbuih mulut membebel namun usaha mak melur ibarat mencurahkan air ke daun keladi..

         Semakin hari,kenakalan Amar semakin menjadi-jadi.Hal ini amat membimbangkan Mak Melur dan Pak Hamid akan perilaku anak bongsunya.Dia sudah tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan mereka selain berdoa dan terus berdoa..Pak Hamid hanya mampu menadah telinganya untuk mendengar setiap tingkah laku yang tidak elok disampaikan oleh cikgu disiplin di sekolah Amar.Amar dikhabarkan selalu bergaul dengan budak2 nakal.Namun,Pak Hamid tetap sabar mendengar setiap cerita yang disampaikan.Amat mengecewakannya apabila anaknya sudah tidak tahu menghormatinya dan Mak Melur..Dia tahu yang dia terlalu memanjakan anak bongsunya itu sehinggakan anaknya dah pandai melawan cakapnya..

      Bukan itu saja...jiran tetangga turut mengadu perangai Amar yang sering mengganggu anak dara mereka.Mak Melur begitu malu sekali dengan sikap anaknya.Dia sudah lali mendengar kenakalan anaknya yang saban hari menjadi bualan orang kampung.

       "Macam manalah  Melur dan  Hamid tu didik anak mereka?Aku tengok..budak tu dah tak serupa orang dah perangainya"luah Mak Senah tanpa berlapik
        "Eh!kau ni,Senah.Cakap tu berlapik la sikit.dengarnya dek Mak Melur nanti,kecik pulak hati orang tua tu.."Bidas Mak Kiah
        Belum sempat Mak Kiah menyambung bicara....
        "Kiah!bagi aku sotong sekilo.."ujar Mak Melur selamba seakan akan tidak mendengar perbualan Mak Senah dan Mak Kiah
         "Kejap ye Melur.."
 Setelah Mak Melur berlalu.....
         "Kan aku dah cakap.Jaga mulut kau tu,Senah.Entah entah Melur dah dengar ape yang kau cakap ni.."
         "alaa..benda betul.Jangan nak rasa bersalah sangat la,Kiah oii.."ujar Mak Senah yang langsung tak fikirkan perasaan orang lain..
Dalam perjalanan ke rumah...masih terngiang-ngiang di telinga Mak Melur kata kata Mak Senah...Dia terlalu memikirkan pandangan orang lain terhadap anaknya..Dia sedih mengenangkan nasibnya..Dia berharap dalam usianya yang sedang meniti senja ini,Amar bolehlah diharapkan untuk menjaganya..Kalau nak harapkan anak sulungnya,anita..Memang dah tak boleh kerana dia dah berkahwin dan menetap bersama suaminya di Johor..

Di rumah......

    "Amar!!kau nak ke mana tu?tunggu mak kau balik dulu boleh tak?kita makan sama-sama dulu,lepas tu kau keluar ke mana kau suka."pinta Pak Hamid setelah melihat Amar menuju ke arah motor
    "Tak payahlah,bapak.Kalau nak tunggu mak balik,sampai besok baru kita boleh makan"bidas Amar tanpa mempedulikan perasaan Pak Hamid

Amar terus memecut bagaikan orang gila...Tiba di selekoh,dia terus memecut tanpa mempedulikan kehadiran pejalan kaki

Gedebuk!!!
 
   "Allah...."hanya itu yang terluah di bibir Mak Melur
   "Ya Allah!Mak....."Amar terus berlari menuju ke arah Mak Melur yang sedang terbaring kaku di atas jalan raya
    "Mak!Ampunkan Amar....bangunlah mak..."pinta Amar dalam sendu
     "Tolong...tolong..."
Orang ramai terus bergegas ke arah mereka...

Setahun berlalu.....

      "Alhamdulillah,bang..Amar dah berubah.Kalau macam ni,saya nak sakit hari hari lah"ujar Mak Melur sambil ketawa
      "Awak ni..awak dah dikira bertuah dapat hidup tau..jangan macam tu lagi..."tegas saja suara Pak Hamid

      "alaa...abang ni.saya bergurau aje."
      "Amboi...Mak dan bapak ni gembira sangat nampaknya..."telah Amar
      "Erm..dah balik pun anak bertuah ni..takde pape la...Mak dan bapak borak2 kosong je...haa..anak mak ni dah makan ke belum?"
      "Dah,mak...lepas kerja tadi..Amar dah makan ..."


Akhirnya,..Amar berjaya berubah menjadi anak yang baik kepada Pak Hamid dan Mak Melur..Kini,hidup mereka sekeluarga menjadi semakin bahagia....Tiada lagi kata kata yang tidak elok keluar dari mulut orang kampung.sekarang...Amar dah berjaya menjadi usahawan ikan air tawar yang berjaya...

No comments: