Sunday 14 December 2014

hadirnya pelangi setelah hujan

kelihatan seorang anak muda bersenam seorang diri di taman..begitulah kehidupan Zul setiap minggu…sekali sekala dapat peluang bersenam,memang dia takkan lepaskan..dalam kesibukan sebagai pelajar yang banyak assignment…tetap tidak melupakannya untuk “balance”kan kehidupan seorang islam yg berpelajaran dan sihat….
  “Tarik nafas…hembus…tarik nafas..hembus..tarik nafas…tahan..123..Allahuakbar….”sambil menegangkan segala urat..
Setelah selesai bersenam,Zul bergegas pulang ke bilik dan mandi..setelah itu,dia menghamparkan sejadah untuk solat sunat dhuha….
“Ya Allah Ya Tuhanku…Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Engkaulah pemberi rezeki kpd hamba2Mu…Permudahkanlah rezeki kpd diriku Ya Allah….aku tak nak susahkan ibubapaku dengan meminta wang kpd mereka Ya Allah..mereka dah cukup susah membesarkan aku..Engkau cukupkanlah apa yang aku ada sekarang..amin..Ya Rabbal Alamiinn…”
Usai solat,
“Zul….”panggil Razak dari kejauhan…
“yeye…knape?”
“Aku nak mintak tolong sikit boleh tak?”
“ape dia?”Tanya zul
“tolong teman aku balik kampong.Mak aku sakit tenat.aku tak mampu bawak kereta..kau tolong aku ek?.”terpancar kesedihan pada muka Razak..Zul seakan akan terbelah bahagi untuk pergi ataupun tidak kerana dia rasa malas memandangkan sekarang musim cuti..tapi,akhirnya dia memilih untuk temankan Razak..
Dalam kereta……
“kau bawak laju sikit Zul..aku takut ni…”sebenarnya dia memang betul2 takut..takut tak sempat berjumpa dengan ibu tercinta..tapi,dia malu untuk luah kepada sahabatnya
“sabar Razak…aku dah bawak laju ni..kalau aku bawak laju lagi,takut kita lak tak sempat sampai”
Zul harap sahabatnya bersabar dengan dugaan ni..dia tahu,Razak sayang betul kat ibunya…walau dia tak cakap..semuanya terpancar pada raut wajahnya..orang lain mungkin tak Nampak..tapi,dia Nampak..ntah..Allah bagi dia kelebihan memahami perasaan orang lain dari raut wajah mereka..tapi,dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri…
Sesampainya di kampung Razak,ibu Razak sudah tiada…ALLAHURABBI….Aku nampak Razak sedih tapi dia tak menangis..Ya Allah..Tabahnya hati sahabatku ini..setelah selesai upacara pengebumian..Dia berjumpa dengan adik-adiknya…Ditenangkan adik-adiknya…memandangkan dia anak sulung..malah ayahnya juga telah meninggal setahun yang lalu..begitu berat ujian sahabatku ini Ya Allah…aku berdoa di dalam hati semoga dipermudahkan urusannya..
Aku terus menelefon keluargaku di kampung…Alhamdulillah…smua sihat..lepas itu,aku mendekati Razak…
“Zul…aku tak tahu apa nak buat sekarang..”
“Razak…kau pernah cakap kat aku yang Allah takkan membebani hambaNya selagi hambaNya mampu menghadapi ujian tu..aku tahu,Tuhan tak buat ni saja2..pasti ada hikmah di sbaliknya…kau dah lupa yang kau pernah cakap macam ni kat aku dulu?”
“Astarghfirullahaladzim…..”mengucap Razak apabila dia teringat akan ayat Allah
“terima kasih sahabat”
“aku Cuma cakap apa yang pernah kau cakap je”sambil tersengih

3 tahun berlalu…….
“Zul…zulkifli….”
Zul kenal akan suara itu…rindu benar akan pemilik suara itu..setelah 3 tahun mereka berpisah,dia tak tahu khabar sahabatnya itu..
“Razak…”sambil tunjuk ke arah Razak
“yeye..aku la ni…”
Bagaikan tidak percaya orang yang segak di hadapannya ini Razak..
“kenapa?xpercaya?”tebak Razak.seakan-akan dapat membaca apa yang bermain di minda Zul
Zul sekadar mengangguk
“Aku dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat selepas mak aku meninggal..tapi,Alhamdulillah..Allah murahkan rezeki aku..aku dinaikkan pangkat..tapi,aku mintak maaf sebab langsung tak cakap apa2 kat kau..”bersemangat Razak bercerita..tetiba,dia sedih sebab langsung tak cakap apa2 kat Zul
“Aku tak kesah..tapi,yg aku kesahkan ialah…adakah sahabat aku sihat imannya dan rohaninya..nampaknya..Alhamdulillah…kau lebih baik dari yang aku sangka..”
“Jom sembang kat kedai tu…aku belanja kau”sambil menunjukkan ke arah warung


BERJALANLAH DUA ORANG SAHABAT KE WARUNG…ALHAMDULILLAH…INDAHNYA PERSAHABATAN KERANA ALLAH

No comments: