Sunday 14 December 2014

Kau teristimewa

Salam... hari ni.. fatin nak share something..... Hayatilah......

Teman......
Kau hadir kerana Allah
Kau pergi jua kerana Allah

Namun teman....
Saat kau ada di sisiku
Aku rasa bahagia
Kerana
Tuhan hadirkan insan
Yang datang untuk
Menolong, memimpin dan menunjuk aku
Ke arah yang benar

Akan tetapi
Aku seakan akan
Tidak menjadi seperti dahulu
Sewaktu kita bersama
Kau dengar luahanku
Engkau bantu aku selesaikan masalah
Walaupun hanya mendengar
Namun
Ia amat bermakna
Buatku

Maafkan daku teman
Aku seakan menyalahkan takdir
Kerana takdir telah
Memisahkan kita
Tapi aku percaya
Segala sesuatu ada hikmahnya

Teman
Aku ingin kau tahu
Kau sentiasa tersemat di hati ini
Mungkin
Satu hari nanti kita akan bertemu

Duhai teman
Aku berharap
agar engkau mengingatiku
Sebagaimana aku mengingatimu

Khas buat teman........

No comments: