Wednesday 8 July 2015

ramadhan ke 21

                                                           Assalamualaikum....


sekarang ni tinggal beberape hari aje lg ramadhan..ramai yg sibuk dgn persiapan raya..tapi jgn lupe plak tuk cari lailatul qodar..hmm..mungkin agak ssoh nak bngun pagi2...time tu mmg tgh sedap tdo kot..huhu..tpi,beruntung bg sesape yg bangun malam..tambah2 bulan pose ni..ganjarannya berganda-ganda..


klau kte nampak pahale,kompem berebut buat baik smue...tp Allah maha mengetahui..Dia ciptakan syurga n neraka..diuji hambaNya dgn pelbagai ujian..utk ape?utk seksa hambaNya?tidak..tp...utk meningkatkan lgi martabat hambaNya...


betapa sayang Dia kat hambaNya...lebih2 lg umat muhammad..kte la...AllahuAkbar...mcm2 diberiNya kat kte..walaupun umur kte pendek drpd umat terdahulu tp Allah bgi kte peluang beribadat..n ibadat mnjdi berkali ganda di bulan ramadhan...kte niat nak buat baik..dah dpt pahala..klau niat nak buat jahat,xdpt lg dosa..bila buat bru berdose...so,jom pakat ambil peluang tuk beramal..


tgh scroll fb td,tejupe ni...sedikit pencerahan fadhilat ramadhan...

9 FADILAT (KELEBIHAN) PUASA
oleh : Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri ("Risalah Ramadan" terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu)
1) Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abu Hurairah sabda Nabi s.a.w. :
"Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan 5 kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari Syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka akhir malam."
2) Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd, sabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Rayyan di mana yang berhak memasukinya hanyalah orang yang berpuasa.Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya."
3) Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. :
"Puasa merupakan perisai."
Dan daripada Uthman bin Abi al-As :
"Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta dan mengumpat."
4) Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id :
Sesungguhnya Allah berfirman :
"Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan, apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira.Demi jiwa Muhammad di tanganNya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."
5) Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak."
6) Ad-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya :
"Dia orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan."
7) Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad at-Tabrani dan al-Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam."
8) Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
"Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas setiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa."
9) Imam Ahmad, at-Tirmizi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah :
"Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya."

No comments: