Wednesday 11 February 2015

Gangguan xleh blah

Kelihatan seorang gadis berlari ke dalam hutan.wajahnya jelas menampakkan ketakutan.Dia nekad untuk melarikan diri daripada penjahat yang telah menculiknya.Dia sudah buntu hendak ke mana sebab dia langsung tak tahu dia ada di mana . Tanpa disedarinya, dia sudah terlalu jauh ke dalam hutan. Dan.............................................. dia terjatuh ke dalam gaung lalu mati di situ. Orang kampung menjumpai mayatnya sehari selepas itu.

           Sejak itu, ramai diganggu dengan tangisan gadis yang sungguh sayu.Ramai yang mereka reka cerita yang kononnya,roh gadis ni tidak tenang kerana teraniaya.Namun, sampai sekarang penjahat tu tidak ditangkap. Orang kampung anggap mungkin, roh gadis tu hanya tenang apabila penjahatnya berjaya di tahan..Selepas itu, semakin ramai penduduk  yang diganggu sehingga mereka diganggu hingga ke dalam rumah .Jadi,ramai dah tak tahan dengan gangguan tersebut lalu berpindah sehingga tiada seorang pun yang berani tinggal di situ lagi. 

            "Haa.. tu jelah cerita yang aku tahu pasal tempat ni.tapi cerita ni dah lama. Sebelum chalet ni dibina. Dah la... jom tidur.xpayah percaya sangat citer ni.kan ada pulak yang x bleh tido . "

          "Baiklah nora.. "serentak ain, alya dan nani bertindak sebelum masing2 berlalu ke dalam bilik

          Tiba2......

       "Ain........ ain.... ain... "sayup2 kedengaran orang memanggil ain. Lalu dia berpaling ke belakang. Aik... xdak orang pun. Ujarnya dalam hati. Dia pun terus berlalu tanpa menghiraukan panggilan tersebut.

        Usai membaca al mulk (memang dah jadi amalan dia sejak sekolah menengah lagi),dia terus berbaring di atas katil.

       Sedang dia terlena, dia terdengar bunyi air. Mula -mula agak perlahan.. lama kelamaan, ia menjadi semakin kuat sehingga mengganggu tidurnya. Dia pun terus bergegas ke bilik air tanpa syak perkara yang pelik2.

       Usai menutup paip air, dia membebel sendiri "sapa yang lupa tutup paip ni "
 
       "Saya........... "terdengar  suara yang samar samar.lepas dia ketawa kuat kuat

        "Eh!diorang tak tidur lagi ke?bahagia sangat la tu sampai ketawa kuat bagai "Dia malas nak ambik kisah sangat la klau sahabat2nya bising tengah malam..

        "Baik aku tidur "Lalu dia melangkah ke bilik tidur

        "Kenapa dia tak takut? "Kelihatan satu makhluk terduduk sambil memikirkan strategi.Puas dia kacau tapi langsung tidak menakutkan orang. Sebelum ni, semuanya dah berjaya.

    Tok... tok.. tok.... tingkap d ketuk secara tiba tiba...terdengar suara perempuan mengilai

     "Dah kenapa ni?... "malas aku layan, baik aku tidur

      Tok... tok... tok... pintu bilik ain diketuk dengan kuat

      "Sapa pulak ni?Lepas satu.. satu... aishh "stress pulak ain bila dia diganggu waktu tidur. "Hmm.. ada apa? "

         Makhluk tu pulak terkejut dengan keadaan Ain yang berserabai rambutnya...

         "Nak masuk, buat cara nak masuk.. kalau xnak.. aku tutup pintu ni "

           Eleh, aku bleh masuk jgk. Tapi ayat ni hanyalah kedengaran dalam hati je.

           "Tunggu... aku nak tanya? Kau xtakut aku?"

          Hahahahahahaha... dah macam hantu pulak si ain ni....

          "Boleh kau cakap ngan aku kenapa aku patut takut ngan kau? "Soal ain serius

           "Aku kan hantu. Aku dah takutkan engkau tapi kau langsung xtakut "luah si 'hantu'

           "Kau nak tahu kenapa? Dah kau ni nampak macam tak hantu.. lagi satu, aku dah tengok hantu yang lagi dahsyat dari kau la (padahal, dia hanya melihat dalam tv )"ujarnya sambil berpusing pusing mengelilingi si 'hantu'

            "Ouh.. begitu ek? Baiklah.. aku blah je la".dia terus berlalu sambil berfikir nak cari mangsa kat mana

Moral of the story, jangan takut sgt dengan hantu. Dia jugak makhluk Allah.lagi kita takut, lagi depa suka.. satu lg, jangan lupa baca al mulk malam2 na.. perenggan satu n dua tu, xdak kaitan sangat  pun ngan citer.. nak ambik feel ja ni.. sabo no... hehe...

No comments: